Subscribe:

Pages

Featured Posts

Thursday, May 24, 2012

Apps 4 Activities

Berikut adalah aktiviti yang telah dimuat naik kedalam sites.

Multiple Choice Question
https://7a20847c-a-62cb3a1a-s-sites.googlegroups.com/site/fadleez79/home/Apps%204%20Q1.swf?attachauth=ANoY7co3Abohuyf17JMR-3csRNbZDmXSsbkkQCQ23R7cbJmGydo50rulKNVS8HMldnY6HYHFh2vsM5hjA0EifatIDXJbLrwUmThjHE3VIJBRuqSoUUAQxj05wDOl36HBdXPfwMmry6Iakyec5q6cB48FS5kEHwxX2qSPGsCkkf5HvEG0seMisyi80EiGODBxRH2zpPGWnQw_36g2WJvRv6GWnOc_G9520A%3D%3D&attredirects=0

Text Entry
https://7a20847c-a-62cb3a1a-s-sites.googlegroups.com/site/fadleez79/home/Apps4%20Q2.swf?attachauth=ANoY7crZ9_RF_IDRVuUmPZNtfYQbsNn7ACLfkbi_wEaO3vLnw0VhpuLskz7oP5A9T3ka3gMWlwZMMbutR15koedlkNfYG6lHmj7chCqjoHHgRLOtCgmgkJaeSDs1CWTGfpgDr8uDAf0YGwVmnVxP_U-UnS87xyJsluz5ZothQmucfVFXn_C05-h9zWeAuPIwZ5dtDxf9alDPWvdM_2rDH4XY233Cs2UT7A%3D%3D&attredirects=0

Menu
https://7a20847c-a-62cb3a1a-s-sites.googlegroups.com/site/fadleez79/home/Apps%204%20Q3.swf?attachauth=ANoY7cp4UQu--UuohzXBkXRWAcBuBGFd5CpzhgEnp7tAdFH_6h81hBEe73XG2kmK_jy5_CaZWm4pUgjHHRdnPkAy9zauYEcZypMGE9IflU3XefoRjSstDG8UYF48_wbZ40zWxTpBsaq2Lse88dksVXIR38uyBAqjc8mp8J2Cn3NI4sGE6UykytCucTGaBJuJ-sHwCBorrnjDGcb8XdYkl1LfQctkyMzORg%3D%3D&attredirects=0

Drag and Drop
https://7a20847c-a-62cb3a1a-s-sites.googlegroups.com/site/fadleez79/home/Apps%204%20Q4.swf?attachauth=ANoY7coofO4fZSTmyibaDIB1GVbnUZgmHeHEWHDi62SQxAjB91Oxw6sLOYjwtPfMkJkDpRv32ecP31AKSwSNlvRPpt8hpjGxMtkOq53fX7YY4U0oDnVQT8TPHCEIZu0OZMny21Wmb8U2ALKUmHMHw8x3_L5S8HoHbURxzk-bEDp6kk_hUBc_oOy97_OIbASOwA94AGdD2Fs89yzSIYnJBUlw97ViYLQumA%3D%3D&attredirects=0

Thursday, March 15, 2012

Minggu Keempat..Membina input data

Salam..Berjumpa lagi sekali dalam minggu terakhir "ASP"..Minggu ini segalanya telah dipertingkatkan. Dari segi siri pembelajaran ASP, tahap kosentrasi dan lebih menarik Prof telah pun mempertingkatkan tahap kelajuan mengajar dalam kelas. Kedua-dua biji mata dan tahap kefokusan telah dipertingkatkan hanya di layar sahaja. Itu pun nyaris-nyaris tertinggal huhuhuhu.
Minggu ini Prof Zaidatul telah menyambung aktiviti dengan membuat register pelajar. Jom study!

Langkah 1
Pastikan IIS telah diaktifkan
Control Panel>Administrative Tool>Internet Information Services

Langkah 2
Bina Site dalam DreamWeaver
Site>New Site. Ikut aturan sehingga diuji




Langkah 3
Setelah berjaya memcipta Site. Kita beralih kepada database. Dalam langkah ini merujuk kepada DIMANAKAH kita hendak menyimpan data-data yang akan kita perolehi. Penggunaan ASP memerlukan server yang berkaitan dengan OS. Oleh yang demikian, ISS memerlukan Microsoft Office Access untuk menyimpan data.


Simpan data dalam C://inetpub/wwwroot/register(nama file site) dan simpan datadalam MS Access 2002-2003 .mdb
Hasilnya..

Langkah 4
Bina Frame Data Masuk. Dalam langkah ini apa yang paling penting adalah connection. Kita boleh gunakan DSN ataupun String. Kaedahnya buka Database panel>Clik +>pilih Custom Connection String.



Langkah 5
Bina frame masuk dan lihat data



Hasilnya


Thursday, March 8, 2012

Minggu Ketiga..ASP Vs PHP

Salam..Tak perasan masa cepat sangat berlalu, sudahpun masuk minggu ketiga. Pada minggu ini Prof telah menerangkan secara tepat perbezaan di antara penggunaan ASP dan PHP dalam pengendalian website.

ASP

PHP

Need Microsoft Server

Linux / Unix Server

VB programming + syntax

C/C++ Programming

Windows + ISS = COST

Linux Server = No COST

Low loading speed

High loading speed

Use genuine software

Mostly opensource software


Dalam Dreamweaver pula, Prof menunjukkan cara membuat hyperlink.
Hyperlink dalam website boleh dikategorikan kepada empat bahagian
  1. Fail HTML kepada fail HTML lain
  2. Fail HTML kepada Homepage
  3. Penggunaan Anchor
  4. HTML kepada Email

Saturday, March 3, 2012

Revolusi Web base dan Dreamweaver

Salam..Jumpa lagi. Pada minggu ini Prof telah memberi sedikit pendedahan berkenaan revolusi web base dunia. Antaranya yang dipertengahkan adalah Web 1.0, Web 2.0, Web 3.0 dan Web 4.0. Selain daripada itu beliau juga menerangkan secara terperinci berkaitan web page, web site dan portal (selama ini ingat semua di atas sama je huhuhu ).

Perkara yang istimewa amat ditunggu-tunggu..."Belajar Dreamweaver". Belajar perkara baharu, software baharu dan semua serba baru. Mudah-mudahan dipermudah dan diberikan hidayah juga ilham oleh-Nya.

Untuk memulakan program

Click File > New > Page type > HTML

Ini adalah frame Dreamweaver

Bagi pengenalan sahaja, Prof memulakan dengan pendedahan pertama dengan menunjukkan
  1. Kaedah menulis
  2. Kaedah memasukkan gambar
so far, alhamdulillah boleh follow.

Langkah 1
Tulis apa-apa perkataan yang kita hendak letakkan pada Webpage yang bakal kita cipta. Kemudian terpulang samada kita hendak alignment ke tidak perkataan itu..itu terpulang pada rekabentuk masing-masing. Kalau hendak tukar apa-apa yang difikirkan menarik sila rujuk pada table dibawah page. Adjust mengikut citarasa.


Langkah 2
Terdapat perbezaan yang ketara semasa kita hendak membuat lajur baru dimana
  • Andaikata kita hendak menukar lajur baru sejarak 'single spacing' -> tekan Shift + Enter
  • Andaikata kita hendak menukar lajur baru sejarak 'double spacing' -> tekan Enter

Bandingkan gambarajah di atas dan dibawah :) (Bezakan....)

Langkah 3

Untuk memasukkan gambar, seelok-eloknya kita perlu buat 'table' dahulu supaya gambar yang bakal diletakkan akan lebih terurus. Caranya Insert > Table

Langkah 4

Bila dah ada 'Table', bolehlah kita masukkan apa-apa image yang dikehendaki.

Langkah 5

Kalau nak tukar warna background tak perlu bersusuah payah. Hanya perlu letakkan warna yang sesuai.

Hasilnya.....

Aik! yang belakang tu tidak berwarna. Ooo sekejap lagi kita akan warnakan. Caranyaik

Langkah 6

Klik bahagian "Page Properties" di bahagian bawah kemudian cari Bg colour

Hasilnya


Friday, February 24, 2012

Hari Pertama Minggu Pertama : Pengenalan 'Authoring System'

Hari ini hari hari ketiga berulang alik dari Kota Tinggi ke UTM untuk mengikuti kelas ketiga dalam semester satu Master Teknologi Pendidikan. Perjalanan hampir sejam dari SMK Air Tawar selepas sesi persekolahan cukup mengujakan terutama keadaan trafik sepanjang perjalanan. Namun itu semua adalah asam garam dan cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang 2 tahun pengajian disana.
Tepat jam 4.00 petang, Prof Madya Dr Zaidatun Bt Tasir telah berada di
Makmal menunggu rakan-rakan lain yang belum tiba. Sementara menunggu beliau terus mengedarkan lampiran berkaitan subjek 'Authoring System' kepada pelajar yang ada di makmal. Setelah bilangan kehadiran pelajar hampir penuh (11 orang sahaja mengikut dalam list) tanpa membuang masa beliau terus menerangkan secara menyeluruh berkenaan subjek 'Authoring System'.
Dalam subjek ini Prof Madya Dr Zaidatun akan bergandingan dengan Prof Madya Dr Jamalludin a.k.a suami beliau. Subjek ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran 'Web page Development' dan Flash. Prof Madya Dr Zaidatun akan mengajar Web page Development manakala Prof Madya Dr Jamalludin akan mengambil alih bahagian Flash Development.
Dalam subjek ini software yang akan digunakan dalam membina website adalah Dreamweaver CS3 manakala untuk subjek Flash software nya pula Flash CS3. Prof menggalakkan kami untuk membiasakan dengan software-software ini agar pembelajaran di kelas-kelas yang mendatang akan lebih mudah.

Prof Madya Dr Zaidatun semasa memberikan taklimat pertama AS

Sebelum mengakhiri kelas, tidak disangka-sangka satu tugasan kecil perlu kami lakukan iaitu membina blog. Blog?Hampir 2 tahun meninggalkan dunia blog ni. Wah! ini memerlukan sedikit ruangan masa dan idea. Mudah-mudahan boleh mengimbau kembali tatacara-tatacara menggunaanya.

p/s : kepada kengkawan..pertolongan dan tunjuk ajar anda semua juga diperlukan dalam subjek ini. Basic totally 0 huhuhu..