Hari ini hari hari ketiga berulang alik dari Kota Tinggi ke UTM untuk mengikuti kelas ketiga dalam semester satu Master Teknologi Pendidikan. Perjalanan hampir sejam dari SMK Air Tawar selepas sesi persekolahan cukup mengujakan terutama keadaan trafik sepanjang perjalanan. Namun itu semua adalah asam garam dan cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang 2 tahun pengajian disana.
Tepat jam 4.00 petang, Prof Madya Dr Zaidatun Bt Tasir telah berada di Makmal menunggu rakan-rakan lain yang belum tiba. Sementara menunggu beliau terus mengedarkan lampiran berkaitan subjek 'Authoring System' kepada pelajar yang ada di makmal. Setelah bilangan kehadiran pelajar hampir penuh (11 orang sahaja mengikut dalam list) tanpa membuang masa beliau terus menerangkan secara menyeluruh berkenaan subjek 'Authoring System'.

Dalam subjek ini Prof Madya Dr Zaidatun akan bergandingan dengan Prof Madya Dr Jamalludin a.k.a suami beliau. Subjek ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran 'Web page Development' dan Flash. Prof Madya Dr Zaidatun akan mengajar Web page Development manakala Prof Madya Dr Jamalludin akan mengambil alih bahagian Flash Development.
Sebelum mengakhiri kelas, tidak disangka-sangka satu tugasan kecil perlu kami lakukan iaitu membina blog. Blog?Hampir 2 tahun meninggalkan dunia blog ni. Wah! ini memerlukan sedikit ruangan masa dan idea. Mudah-mudahan boleh mengimbau kembali tatacara-tatacara menggunaanya.
p/s : kepada kengkawan..pertolongan dan tunjuk ajar anda semua juga diperlukan dalam subjek ini. Basic totally 0 huhuhu..
Dalam subjek ini software yang akan digunakan dalam membina website adalah Dreamweaver CS3 manakala untuk subjek Flash software nya pula Flash CS3. Prof menggalakkan kami untuk membiasakan dengan software-software ini agar pembelajaran di kelas-kelas yang mendatang akan lebih mudah.

Prof Madya Dr Zaidatun semasa memberikan taklimat pertama AS