Salam..Jumpa lagi. Pada minggu ini Prof telah memberi sedikit pendedahan berkenaan revolusi web base dunia. Antaranya yang dipertengahkan adalah Web 1.0, Web 2.0, Web 3.0 dan Web 4.0. Selain daripada itu beliau juga menerangkan secara terperinci berkaitan web page, web site dan portal (selama ini ingat semua di atas sama je huhuhu ).
Perkara yang istimewa amat ditunggu-tunggu..."Belajar Dreamweaver". Belajar perkara baharu, software baharu dan semua serba baru. Mudah-mudahan dipermudah dan diberikan hidayah juga ilham oleh-Nya.
Untuk memulakan program
Click File > New > Page type > HTML
Ini adalah frame Dreamweaver
Bagi pengenalan sahaja, Prof memulakan dengan pendedahan pertama dengan menunjukkan
- Kaedah menulis
- Kaedah memasukkan gambar
so far, alhamdulillah boleh follow.
Langkah 1Tulis apa-apa perkataan yang kita hendak letakkan pada Webpage yang bakal kita cipta. Kemudian terpulang samada kita hendak alignment ke tidak perkataan itu..itu terpulang pada rekabentuk masing-masing. Kalau hendak tukar apa-apa yang difikirkan menarik sila rujuk pada table dibawah page. Adjust mengikut citarasa.
Langkah 2Terdapat perbezaan yang ketara semasa kita hendak membuat lajur baru dimana
- Andaikata kita hendak menukar lajur baru sejarak 'single spacing' -> tekan Shift + Enter
- Andaikata kita hendak menukar lajur baru sejarak 'double spacing' -> tekan Enter
Bandingkan gambarajah di atas dan dibawah :) (Bezakan....)

Langkah 3
Untuk memasukkan gambar, seelok-eloknya kita perlu buat 'table' dahulu supaya gambar yang bakal diletakkan akan lebih terurus. Caranya Insert > Table

Langkah 4
Bila dah ada 'Table', bolehlah kita masukkan apa-apa image yang dikehendaki.

Langkah 5
Kalau nak tukar warna background tak perlu bersusuah payah. Hanya perlu letakkan warna yang sesuai.
Hasilnya.....

Aik! yang belakang tu tidak berwarna. Ooo sekejap lagi kita akan warnakan. Caranyaik
Langkah 6
Klik bahagian "Page Properties" di bahagian bawah kemudian cari Bg colour

Hasilnya
